20 Makanan Menggalakkan Kahak/Hingus (penyebab sistem imun rendah)

 

20 MAKANAN YANG MENGGALAKKAN KAHAK/HINGUS, PUNCA KERADANGAN DAN MENGHALANG PROSES PENYEMBUHAN DENGAN LEBIH EFEKTIF (JUGA PENYEBAB SISTEM IMUN RENDAH)
=================================

✿ gula, tidak kira gula putih ataupun organik.

 

✿ MSG – sama ada di dalam susu formula (kenali nama-nama lain bagi MSG), bahan penyediaan makanan seperti kicap, kiub ayam, stok ayam komersil, sos cili komersil, sup cendawan komersil, makanan segera, makanan ringan, mee segera.

 

✿ roti, pizza, kek, donat, sandwich, burger, biskut (gluten)

 

✿ lain-lain makanan berasaskan gluten (daripada tepung gandum, barli dan rye) – mee kuning, spaghetti, pasta berasaskan tepung gandum

 

✿ gula gula, coklat, aiskrim

 

✿ oat – oat walaupun bukan mengandungi gluten, ia mengandungi avenin, sejenis protein menyerupai gluten.

 

✿ makanan mengandungi pengawet dan aditif (baca label makanan)

 

✿ makanan mengandungi pewarna/perasa tiruan (baca label makanan)

 

✿ minuman bergas, tin, kotak, botol, ice blended berwarna warni

 

✿ susu segar atau susu tepung daripada sumber haiwan, tidak kira organik sekalipun.

 

✿ hasil tenusu – susu, keju, yogurt, mentega, ghee dan sebagainya. Telur juga menghasilkan mukus tapi bukan kategori yang ‘berat’ 

 

✿ jem, jelly, pencuci mulut tinggi gula

 

✿ bijirin sarapan

 

✿ makanan bergoreng, terutamanya daripada minyak bunga matahari, jagung dan Canola (juga rujuk isu GMO)

 

✿ soya

 

✿ corn syrup (biasanya ada di dalam susu formula, roti, aiskrim dan yang berkaitan)

 

✿ french fries (bergoreng, isu GMO dan kentang memang penyebab kahak)

 

✿ minuman serbuk sama ada dikatakan bagus untuk kesihatan atau apa saja kerana isunya adalah kandungan-kandungan bahan seperti gula, MSG, maltodextrine, soya, perasa tiruan dan sebagainya

 

✿ nugget, sosej, meatball, burger patties, bebola ikan/sotong/udang/ayam, ‘crab stick’ komersil yang tinggi MSG, pengawet, aditif, pewarna/perasa tiruan.

 

✿ minuman all in 1

==========
Bagi makanan sumber semulajadi seperti pisang dan kentang, ia bukannya makanan terproses, juga bukan makanan tidak sihat. Tetapi perlu dihindari ketika berhingus dan berkahak.
Kentang daripada USA mempunyai isu GMO, kentang asal, khasiatnya banyak.
Cuma kurang sesuai diambil ketika berhingus/berkahak.
Kentang daripada China mempunyai isu majoriti tanah di China yang bertoksik dan penggunaan racun serangga yang merisaukan.

 

Apa mahu makan?
Selain yang disebutkan.
Pastikan sumber semulajadi.
Nasi.
Bubur ayam/ikan + sayur.
Bihun sup menggunakan chicken broth soup.
Sup ayam.
Buah-buahan (selain kentang dan pisang, ketika kurang sihat.)
Sayur-sayuran.
Halia, bawang, kunyit, halba, habbatus sauda, serai – gunakan dalam masakan.
Keywordnya: masak sendiri menggunakan bahan-bahan sihat.
Makanan yang segera memang menyenangkan.
Tapi dapat bayangkan tak betapa besar mudaratnya?
Kek, brownies, cookies, atau apa saja yang bebas gluten dan menggunakan gula organik sekalipun, ketika demam, selesema, batuk, JAUHKAN.
Bukan selama-lamanya pun, apa salahnya ketika sakit, kita hentikan seketika.
Apatah lagi bagi anak-anak kita yang belum faham sepenuhnya tentang industri makanan hari ini yang ‘kejam’ dan hanya memikirkan keuntungan.
Tapi jika kita yang pilih, itu bukan salah mereka. 

 

 

Ok mari tambahkan sumber bacaan:

  1. https://allergies.knoji.com/foods-that-cause-excessive-mucus-and-foods-that-reduce-mucus/
  2. https://livelovefruit.com/foods-that-cause-excessive-mucus/
  3. https://healthfree.com/view_newsletter.php?id=157&
  4. https://www.mysinustory.com/food.html
  5. http://www.livestrong.com/article/339269-foods-that-create-mucus/
  6. https://www.mucusfreelife.com/mucus-forming-foods/
  7. http://healthyeating.sfgate.com/foods-create-mucus-5855.html

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *