Contoh Hidangan Penguat Sistem Pertahanan Badan Untuk Anak & Kuasa Doa

Kongsikan semula post tahun 2014. 3 tahun lepas. Just in case masih ada yang belum baca.

Saya edit sedikit untuk sesuaikan dengan 2017. InsyaAllah.

 

 

CONTOH HIDANGAN PENGUAT SISTEM PERTAHANAN BADAN UNTUK ANAK ANDA, REAL FOOD & KUASA USAHA + DOA
=================
**yang digunakan untuk menggoreng di photo ialah PURE olive oil, bukan Extra Virgin (typo).**


Habbatus sauda, bawang putih, Extra Virgin Olive Oil/Minyak Zaitun -EVOO, Virgin Coconut Oil/Minyak Kelapa Dara-VCO, madu, buah delima/tin/kismis, sayuran, buah-buahan adalah antara immune booster food ciptaan ALLAH yang memang SUPER kesannya. Apa khasiat semua makanan semulajadi ini?

  • anti virus dan bakteria – membunuh virus dan bakteria jahat yang menyerang badan ketika sakit
  • anti radang – apabila sakit, berlaku keradangan dalam badan, pengambilan makanan-makanan ini akan membantu melegakan keradangan
  • immune-booster – sistem imun badan yang merudum akan ditingkatkan semula dengan pengambilan makanan-makanan ini
  • memulihkan sistem badan, memperbaiki fungsi badan dengan pengambilan yang berterusan

BI IZNILLAH. ATAS IZIN ALLAH, INSYAALLAH.

 

Konsep asas yang perlu kita ingat:

Semua orang akan sakit. Tetapi sistem imun badan yang baik akan mempercepatkan proses penyembuhan. Jika sakit, insyaAllah mudah proses penyembuhannya. Sistem imun badan yang lemah bukan sahaja membantutkan proses penyembuhan, tetapi juga memudahkan berlaku lagi masalah kesihatan dalam tempoh terdekat.

 

SYARAT LAIN – jaga pemakanan. Sistem imun badan akan sentiasa dalam keadaan baik, insyaAllah, jika pemakanan dijaga. Pengambilan pelbagai makanan tinggi keradangan (klik post ini) akan menjadikan sistem imun badan rendah. Ini fakta.

 


Seriously, sudah genap 4 tahun saya tinggalkan segala supplement di pasaran yang majoritinya sintetik dan FOKUSKAN kepada REAL FOOD sahaja.
REAL FOOD IS THE BEST MEDICINE. 

 


Jika diproses sekalipun real food itu, tidaklah sampai melalui pelbagai proses hingga hilang khasiatnya.
Contohnya, minyak zaitun/EVOO atau PEVOO. Ia juga diproses- diperah dari buah zaitun itu sendiri untuk mendapatkan minyaknya.
Hasil perahan pertama itu lah yang berkhasiat dan digunakan dalam masakan serta kesihatan.
Ia juga DIPROSES. tapi sekadar itu sajalah prosesnya.

 


Tidak sampai dicampur pengawet, pewarna, perasa dan bahan tiruan untuk menggantikan segala khasiat yang sudah hilang setelah melalui proses pemanasan untuk menukarkan makanan asal (contohnya cecair) kepada pepejal atau serbuk sebelum dipadatkan menjadi tablet dan sebagainya. (Tapi, ada juga sesetengah minyak zaitun yang dicampur dengan bahan lain. Perlu SENTIASA FAHAMI DAN RUJUK LABEL).

 


REAL FOOD adalah penting untuk dicintai oleh anak-anak.
Apakah mereka perlu mencintai serbuk makanan yang tidak nampak rupa real food daripada yang asli itu sendiri?
Terjaminkah yang sudah tidak asli itu daripada segala kesan sampingan jangka pendek dan jangka panjang?
Saya bukanlah marahkan pengeluar semua makanan bukan semulajadi ini.
Tetapi sedih jika kita beli tanpa mengetahui apa yang sebenarnya ada di dalam makanan itu.

 


Ayat favourite sesetengah kita, yang tanpa kita sedari memberi impak yang besar terhadap anak:


ANAK SAYA SUSAH SANGAT NAK MAKAN.


Mak mak, ayah ayah, mengapa sebut SUSAH?
Kata-kata adalah DOA dan doa ibu bapa terutamanya IBU itu sangat makbul.

Kita kata SUSAH, jadilah susah. Apa kata kita tukarkan kepada ayat yang lebih baik supaya ia juga menjadi doa?

 


Saya masih ingat betapa berulangkali saya ulang kata-kata positif ketika Afi berulangkali tolak sayur.

“BAGUS AFI NI. MASYA ALLAH AFI SUKA SAYUR SEBENARNYA.
TAK NAK HARI NI SEBAB KENYANG NI KOT?
ESOK ESOK ESOK MESTI AFI SUKA, KAN SAYANG?”

 


Kemudian, usaha pelbagaikan menu. Reka itu, reka ini.
Setiap kali masak, zikir Ya Rahim (yang penyayang – doakan supaya sayangkan makanan sihat), Ya Latif (yang lembut – doakan supaya lembut hati suka pada healthy food.)
Ada masa deco sikit-sikit makanannya (deco hanya bonus. Yang penting KHASIATNYA.)
Tak lah lama dia nak jadi suka pada REAL FOOD. Pada sayur.

 


Usaha. Tak jadi A, B, C… S T U V dah cuba ke? Usahalah.
Bukan bagi 8 kali dah give up. Usaha. Bukan doa saja 24 jam.
Juga bukan banyak alasan saja 24 jam.
Semua perlu seiring.

 

 

Jawapan dan hasil untuk esok dilihat daripada sikap kita HARI INI.
Jangan ambik mudah tentang anak.

 


Mahu ke tua nanti hari-hari anak suap serbuk makanan campur air panas pada kita dengan alasan LANTAKLAH, DAH MAK YANG TAK NAK MAKAN.
Padahal kalau dia usaha reka-reka menu, perut dan tekak tua kita nak saja makan? Mana tahu? InsyaAllah.

 


Hidup ini pendek saja. ALLAH bagi pinjam anak, janganlah semua kita ambik mudah.
Sama juga ALLAH bagi nikmat ada mak ayah, janganlah ambil mudah.
InsyaAllah.

 

Jom baca (black seeds= biji habbatus sauda) :

  1. https://draxe.com/black-seed-oil-benefits/
  2. https://www.peashealth.com/boost-your-immunity-with-black-seed-and-avoid-diseases/
  3. http://theblessedseed.blogspot.my/2012/01/for-energy-and-improved-immune-system.html
  4. https://www.activationproducts.com/blog/kill-your-cold-boost-your-immune-system-naturally/
  5. http://www.everydayhealth.com/rheumatoid-arthritis/diet/best-foods-healthy-immune-system/
  6. http://weolive.com/about-olive-oils/health-benefits-of-olive-oil/
  7. http://www.webmd.com/food-recipes/features/garlic-immunity-boosting-superstar
  8. http://www.everydayhealth.com/cold-flu-pictures/ways-garlic-boosts-immunity.aspx
  9. http://www.chatelaine.com/health/diet/five-health-reasons-to-eat-more-garlic-and-an-immune-boosting-caesar-salad-recipe/
  10. http://www.onegreenplanet.org/natural-health/how-to-use-coconut-oil-to-boost-your-immunity/
  11. https://draxe.com/coconut-oil-benefits/..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *